5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Laundry Pod Untuk Cucian Baju Anda

Pod Detergen

Apabila bercakap tentang hari dobi, pod detergen adalah kemuncak kemudahan. Ia ringan untuk dibawa, memerlukan ruang simpanan yang minimum, mudah digunakan dan mempunyai dos detergen yang mencukupi—dengan itu menghapuskan kemungkinan dos berlebihan pakaian anda. Demi kepentingan menyelamatkan planet ini, terdapat juga kurang sisa pembungkusan yang terlibat dengan pilihan detergen ini. Bukan itu sahaja, malah pod detergen itu sendiri dihasilkan untuk mengandungi kurang air, membolehkan agen pembersih ini kekal stabil untuk tempoh yang lebih lama dan menghasilkan hasil yang lebih baik.

1. Sangat Mudah Untuk Digunakan ( 3 Dalam 1 )

Memandangkan setiap kapsul pod detergen telah dibungkus siap-siap bersama detergen, pelembut dan pelindung warna, anda tidak perlu risau tentang sukatan dos detergen anda sendiri. Dengan pod detergen, ia semudah memasukkannya ke dalam mesin basuh dengan pakaian yang perlu dicuci.

2. Mesra Alam

Jika anda bimbang tentang pembungkusan plastik, jangan lupa bahawa pod detergen cecair pekat menawarkan kuasa pembersihan yang sama dalam bungkusan yang lebih kecil. Selain itu, The Laundry Pod menawarkan pek isi semula jadi anda tidak perlu membeli bekas plastik baru setiap kali.
(Beg Plastik yang digunakan untuk pembungkusan pod detergen boleh digunakan untuk kitar semula)

3. Boleh Digunakan Dengan Apa Sahaja Cara Cucian

Jika anda tidak mempunyai mesin pencuci, tidak perlu risau kerana pod detergen The Laundry Pod mengandungi bahan non-ionic boleh digunakan untuk cucian tangan. Tangan anda juga tidak akan rosak kerana pod detergen kami juga boleh digunakan dengan selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif (ekzema dan semua alahan kulit biasa).

4. Kuasa Cucian Tertinggi Berbanding yang Lain

Setiap satu kapsul pod detergen The Laundry Pod boleh digunakan untuk sehingga 8-15 helai pakaian (bergantung pada jenis pod detergen) iaitu sebanyak 1 minggu pakaian seseorang untuk dicuci dengan menggunakan satu kapsul sahaja!

5. Ringan dan Menjimatkan Ruang

Untuk anda yang ingin membeli bahan cucian secara online, pencuci serbuk serta pencuci cecair menggunakan botol yang dijual di pasaran boleh mencecah sehinggah 10KGm, ini akan menyebabkan kos penghantaran menjadi sangat tinggi!
Pod detergen The Laundry Pod menyediakan kuasa cucian yang sama dengan cecair pencuci berat 10 kali ganda lebih ringan dan lebih mudah untuk digunakan semasa cucian tanpa perlu mengangkat botol yang berat untuk setiap kali cucian. Pod detergen juga tidak memerlukan ruang yang banyak ini kerana kombinasi 3 dalam 1 dimana pencuci lain anda memerlukan ruangan untuk dua ke tiga botol untuk mendapatkan kombinasi detergen yang sama.

Share this story:

Discover more